APA ADA PADA DAUN

22 02 2007

Bila : Bawah langit Khamis
Waktu : 12.52 tengah-hari

Setelah beberapa kali matahari melintasi kepala beratus juta manusia, di petang ini, aku wanita yang sedang sakit berikrar untuk memainkan watak seorang perempuan yang ternormal dan terindah. Tapi dengan kedatangan si pencegah-pencegah keharmonian yang tiba tanpa diundang, adik ku yang kurang kenal antara daun corriander dan peppermint, juga dengan secara tidak sengaja bersekepala kepada mereka yang datang tanpa dipelawa.

Sejurus adik ku memotong perlahan-lahan dedaun yang baharu dikeluarkan dari plastik sejuk, kepala ku dengan pantasnya memekik,

“Daun apa nih cha?! Nih nak buat masak lauk or nak buat ice-cream?”

Disebabkan kelemahan yang ku lahirkan dari malam semalam, aku tidak nampak jalan lain selain dari jalan penuh gagal. Aku juga tidak sempat memiliki daya untuk melawan sakit di kepala sehingga aku memekik dan terus memekik ke arah apa-apa yang sedang bergerak, lalu menangis berterusan secara loop sewaktu menumis cili di kuali.

Aku rasa, jikalau aku lah yang menjadi seorang jiran yang mendengar kerumitan yang sama kecoh dan sama bising, aku tentu akan menyuruh jiran yang lain untuk membuat panggilan kepada polis dan membuat aduan bahawanya ada kematian besar-besaran di rumah sebelah. Oh haha.

Kini aku sedang duduk menaip bersama kepala yang sedang meraung-raung meminta ubat.

“Satu ajer Nong. Telan lah aku. Tak usah banyak-banyak. Lepas satu, tambahkan lagi satu lagi sahaja…”

Itulah suara tuhan experimentasi ku. Ubat.

Tiada ubat ku, mungkin rumahku sudah tidak bernyawa. Dan mungkin, aku juga sudah gagal untuk bernyawa panjang.

“Yakin benar nampak katanya. Penuh berani, hingga musnah peribadi. Itu sahaja kah yang ada di otak mu? Satu jalan?”

Oh bukan, wahai suara misteri! Jalan memang sentiasa banyak.

Walaupon dalam banyak-banyak jalan ada jalan yang senang dan bercabang, aku sebagai perempuan yang hidup hanya sekali harus bersikap degil dan harus memilih jalan ganjil untuk bertemu apa dan siapa aku yang sebenarnya.

“Oh semakin berani ya dikau. Asalkan diri yang satu itu tidak dekat dengan sesat, sudah lah”

Beraninya aku buang segala kisah, bukan sebab aku mahu bersikap takbur ataupon ingkar atas segala pemberiannya. Aku cuma mahu tahu mana jalan yang betul-betul benar. Walau ia akan memakan tahun sehingga matahari dikopek-kopek seperti buah limau di petang tahun baru cina. Aku akan terus sanggup dan terus sanggup berjalan mencari aku yang sebenarnya aku.

“Oh semakin gelap lah masa depan serta kubur kau tuh”

Gelap ataupon tidak, sempit atapon luas, berlampu ataupon berulat, tenggelam ataupon kembang tanah kuburku, bukan kau yang bernama hakim.

Tidak sekali hati ku berdegup dengan berniat menambahkan keharu-biruan petang ini. Dan bukan lah hobi sepenuh masa ku untuk memekik-mekik di tingkap setengah luas berlangsir hijau, seolah-olah dapur ku yang satu sedang mengalami kebakaran tahap maksima.

Niat aku yang sebenarnya kelihatan kecil molek sahaja. Iaitu, aku hanya mahukan keluarga ku memakan lauk-pauk ku hingga licin periuk serta belanga, seperti tahun-tahun yang dahulu, tahun kurang pilu.

Ya. Seperti tahun-tahun yang jauh berlalu.

Disebabkan kerinduan yang tak terhingga ini, aku dengan cara sengaja membubuh lebih garam, lebih cili padi dan lebih asam agar dapat terdengarnya aku komen-komen liar yang berkumandang dari mulut ibuku sewaktu beliau menjamah lauk ku, bunyian hingus pekat yang dipaksa masuk kembali ke lorong hidung ayahku dan juga wajah penuh riang dari adikku semasa beliau memakan lauk-pauk ku.

Aku ketagihkan semua ini. Sungguh.

Ketagihannya tidak dapat ku lawan sehingga aku terpaksa menelan pil-pil yang diberikan oleh Roger yang sudah ku sediakan empat hingga enam bijian sehari dari malam semalam.

“Kan bagus jikalau kau memilih ketagihkan TUHAN daripada ini semua?”

Tuhan adakan ini semua bukan sebab mahukan kita ketagihkan DIA, tapi untuk kita sentiasa mengingati ciptaan-ciptaannya yang dicipta oleh tangan yang serupa. Dan buat apalah duduk di dunia jikalau mementingkan kubur sendiri sahaja?

Apa? Gentarnya engkau dengan si pencipta jikalau DIA tidak memberi engkau ticket pulang ke syurga esok hari? Oh kejinya aku terasa jikalau aku terdiri di antara satu sifat yang kau miliki.

“Aku hanya ingin menolong…”

Menolong? Daripada buat-buat menolong aku, pergilah engkau hulurkan bantuan kepada anjing serta kucing yang berkaki tempang, ataupon mereka yang sedang terkial-kial mencari butiran nasi masak untuk mulut kepada sudu. Tak usah berjalan jauh, pergi sahaja ke masjid-masjid berdekatan, terutama sekali di hari Jumaat. Tentu kau akan jumpa mereka yang selesa meminta. Yang tua dan yang muda, pilih sahaja. Hentikan memilih aku. Pilih lah yang sangat-sangat memerlukan bantuan.

“$&@*&**@()@)%*(%_*_@YY!!”
soraknya mereka tanda marah

Oh sudahlah! Daripada duduk melemaskan diri sendiri dengan memberi penjelasan kepada mereka yang bersependapat sekelompok, ada baiknya aku pusing ke arah Prozac.

Agar ia dapat melayar ku ke dalam laut mati. Laut yang tidak ada apa mahupon siapa melainkan aku. Tidur seperti seorang bayi merah yang degil yang yang rela mati agar tidak dipaksa keluar dari tanki penuh lumpur merah ibunya.

Selamat semua

Advertisements




DIA DATANG DARI TELINGA

17 02 2007

Apa : Aku rasa
Bila : 5.30 pagi
Dimana : Di sunyi

“Aku bukan lagi sebahagian hidup mu”

Oh, itulah kekata,
Yang sering membuat ku terketar-ketar mengata,
Sehingga jasad ku merajuk, keluar ia menyendiri.

Oh, itulah kekata,
Yang meyejukkan tapak tangan dan kaki,
Sehingga memutihkan warna kulit buah langsat,
Tapi tidak di kepala mahupon di hati.

Oh, itulah kekata yang tidak sekali ku tahu,
Sama ada benar ataupon salah isinya.

Dan itulah kekata,
Kekata terhebat yang menemani jiwa,
Yang sudah berusia lebih tujuh tahun lamanya.

Begitulah hidup ku.

“Oh begitu? Haha!”

Dihirup nafas dalam ketakutan,
Dilepaskan ketakutan tidak terlintas hujung nafas.

“Kalau dah kenal akan ketakutan, jangan lah dikau fikir apa-apa yang menambah keburukkan”

Takut ku bukan sahaja kepada apa-apa yang buruk,
Bahkan kepada apa-apa yang baik,
Yang indah dan yang teristimewa juga.

“Maksud kau, seperti di 6hb Februari, dimana dia datang dari telinga, bersama panah yang gian mendekati, engkau si perempuan yang mengantung hati, ku saksi, kuat kaki kau berlari, kuat kaki kau berlari?”

Ini bukan sebahagian hidup ku!
Ini bukan sebahagian hidup ku!
Ini bukan sebahagian hidup ku!

“Sumpah ku saksi, kuat benar kaki kau berlari!”

Ini bukan sebahagian hidup ku!
Ini bukan sebahagian hidup ku…

“Kalau begitu, sampai mati kau hidup meyendiri”

Mengapa begitu,
Oh Tuhan Experiment ku?

Mengapa hukuman ku,
Sama berat, sama pedih, sama perit,
Seperti mereka membuat dosa nan tinggi?
Sedangkan aku hanya tidak tahu bagaimana sahaja?

“Jikalau aku diberikan satu insan yang berkata dirinya baik, kedua insan yang berkata dirinya jahat dan insan terakhir, berkata, “Aku sumpah tidak tahu…”

Akan kau hukum insan yang terakhir dahulu?

Benar, Insan itu adalah ENGKAU!





HAMUR

2 02 2007

Pabila kita sebut tentang rumah, apa yang datang ke minda mungkin akan memberi kita sebuah gambaran akan perasaan kita terhadap tempat kita diami.

Bagi aku, rumah yang pernah menepati permintaan ku yang bersaiz telur ibu lipas hanyalah rumah “dia”. Rumah yang pernah ku duduki sewaktu umurku berangka lima sehingga cecahnya ke angka sepuluh.

Walaupon di waktu itu wajah aku sering kelihatan seperti anak kecil yang sentiasa kehausan susu ibu yang lazat lagi berkerim, dengan adanya “dia” dan mainan sepenuh masa ku iaitu plastercine yang tak pernah pijaukan hati, tidak sekali terlintas di minda ku mahu meminta apa-apa yang lebih dari itu.

Meskipon rumah “dia” tidak mempunyai perabot-perabot hebat dan perhiasan yang termahal mahupon mainan-mainan yang sering mengejek-ejek kita sewaktu berdepan dengan TV. Sepasang kaki ku melangkah keluar, akan sentiasa mengakhirkan perjalanan sehariannya di rumah dia.

Tidak seperti sekarang.

Kini, walaupon di rumah aku mempunyai hampir semua kemahuan seorang dewasa, aku lebih suka bermain-main, makan, termenung dan makan lagi di luar daripada di rumah.

Lalalallalalalalala, aku nak keluar.

Nanti aku pulang, akan aku sambungkan kembali apa yang kurang. Itupon kalau aku masih lagi boleh bernafas. Haha. Jangan nakal-nakal okeh? Nanti kena sebat.

Nak kena sebat? Kalau nak, cakap. Jangan mintak. Mintak tuh bukan bahasa yang betul. Paham? Tak paham, buat-buat paham seperti mana kau memahami “nak”. Tahu? Hah, tahu kat di pasar.

Apa : Sambungan Hamur
Bila : 3hb Februari 2007
Masa : 2.41 pagi

Kesimpulannya :

Sekiranya aku, kau dan mereka, tinggal bersama-sama sehingga berabad hingga berkurun-kurun tahun lamanya, walau dimakannya bersama sedulang, tidurnya bersama setilam, di bawah bumbung yang sama kuat dan sama tinggi,  rumah aku, kau dan mereka tidak akan layak dipanggil rumah selagi aku, kau dan mereka masih GAGAL memahami hati antara satu sama lain.

Salaam mesra





IMBAS KEMBALI, MARi

21 12 2006

Bila : 5TH MAY 2006

Wawa kucingku baharu ku hantarnya ke Mount Pleasant Hospital.

Disebabkan cecair yang berhubung dekat dengan parunya, kini hampir keseluruhan organ-organ yang dahulunya kawan kepadanya, dalam diam-diam sudah bertukar menjadi pengkhianat. Sehinggakan Wawa ku terbaring di hospital berkenaan. Terbaring kaku sambil melawan kesakitan yang terasa. Sendirian.

Tak aku, tak mereka, tak siapa yang tahu akan bertapa peritnya berada di tempatnya.

Wawa sayang,
Dengar sini kata ku baik-baik.

Aku disini akan sentiasa berteriak kuat ke arah langit. Melayangkan kedua tangan ku yang sedang tadah ke arah NYA, meminta agar kau dapat bermain-main seperti sediakala.

Moga-moga segala teriakkan doa ku akan dapat didengar jelas oleh NYA.

Insya ALLAH, bila kau dah sembuh nanti, akan ku bawa kau ke Kent Ridge Park. Agar kita sama-sama dapat menghitung bintang. Sehingga langit yang gelap bertukar menjadi terang.

Sembuh please Wawa sayang 😦





6TH MAY 2006

21 12 2006

Genap pada jam 7.15 malam, di bawah langit Sabtu yang bocor. Sebelom darling sepenuh masaku Wawa diinjek dengan cecair Euthanasia, Wawa telah memberiku satu teriakkan yang sukar untuk aku lupakan.

Teriakkan dimana pernah aku dengar dahulu. Dimana ibuku memekik ke arah aku dan dia.

“Lepas Wawa dah bukak mata…”
“Aku nak kau buang dia…”
“Dekat kedaikopi bawah blok 603 tuh…”

Walau dibuangnya sebanyak dua kali, aku tetap mencarinya dan bawa Wawa pulang ke rumah.

Ke rumah yang tidak punya kebahagian mahupon ketenteraman.

Meskipon aku tahu rumah ku sering didatangi sederet masalah, aku tetap mahu Wawa…
tinggal dekat dengan ku. Dekat selalu pada ku.

Mungkin disebabkan rumah yang selalu membuat ku terkucil ini, tembok paru emponya Wawa jadi lemah, lalu mati semua darah pertahanannya. Seperti matinya seorang askar yang mati di tangan si pembunuh. Pembunuh yang bernombor satu iaitu Kanser.

Iya, pembunuh yang telah membunuh Rubiah Suratman ku suatu masa dahulu.

Benar. KANSER pembunuh yang paling cilaka.

Sehingga organ-organnya ikut runtuh sekali. Lalu titis demi titis airmata ku dengan cepat terbahak keluar.

Oh Wawa sayang ku, maafkan aku jikalau selama in aku jarang memberi mu perhatian dan kasih sayang yang penuh, yang sempurna.

Aku terpaksa menutup segala layarmu, mengakhiri dan menghanyutkan segala jalan cerita mu yang kini penuh dengan keperitan dan penderitaan yang tak terperi.

Aku berharap tinggi kau akan sentiasa berasa aman. Dan mengenal akan sebuah kebahagian yang kekal di Kent Ridge Hill.

Tempat dimana aku sentiasa menghabiskan masa, bermain dan berbicara sendirian, semenjak aku kecil sehinggalah dewasa. Dan mungkin sehingga aku tua bangka kelak.

Moga-moga dengan keputusan yang telah mencuri nafasmu ini, engkau sudah tidak lagi bertanya kenapa dan mengapa kau dilukai.

Rehat elok-elok Wawa ku. Engkau sentiasa di pertengahan minda ku.

Ps : Boone-boone and Kiki are still missing 😦





KEBETULANNYA

6 12 2006

Hari ini aku rasakan diriku seolah-olah seperti seekor burung. Burung yang berterbangan dibawah awan, membawa cacing-cacingnya keluar dari sarang. Bawanya kesana kemari, menjamah angin sambil menonton mentari. Tak kira dari mana asalnya mahupon apa jantinanya, akan tetap aku, dia dan mereka saksikan segala ciptaan dari pencipta yang sama.

Bila sampai waktunya, akan dicampaknya mereka ke mulut-mulut yang tahan menunggu dan lama bersedia. Dari ke satu mulut hingga entah ke berapa. Berusaha hingga kurang tenaga.

Walaupon sudah berkali menonton mereka yang mati ketika mencuba, perang harus dilawan dan terus terus terus berlawan. Berlawan hingga berjaya menembusi tembok yang berkaca. 

Bak kata mereka “Belum cuba, belum tahu!”

Jikalau modal yang dibawa oleh ku banyak, sah tergelak riang burung-burung besar dan jikalau belen modal ku masih lebih akan dicampaknya ke mulut burung-burung kecil dan juga serangga-serangga yang selalu ada. Yang tak pernah gagal menemani, tak kira dimana daku berada. Agar bertambah makna erti satu nyawa.

Senang kata, selagi burung kenari masih boleh bernyanyi, akan daku terus memberi dan memberi dan memberi. 

Supaya hidupnya aku, hidupnya semua bersama-sama. Hingga udara untuk ku, hilang entah kemana.

Selamat malam dunia!





PENGEMIS MENCIPTA NAMA

23 11 2006

Selepas beberapa hari sejarah berlalu, imbas nya aku secara automatik, saat-saat dimana Abah Salleh ku duduk bersembang bersama dua rakan seperjuangannya. Tentang seorang kawan tua nya yang sudah lanjut usianya. Yang mempunyai kulit yang hampir ronyok dan tompok-tompok merah berkeladak di bahagian tangan serta kakinya. 

Ya. Dengan adanya tompok-tompok itu, kulitnya kelihatan seperti baharu diconteng oleh anak cucu nya yang tak sabar melihat hantu yang menarik, bangun dari tidur. Haha!

Ya, aku memang gemar memasang telinga sewaktu oldtimer sedang kuhsyuk bersembang. Terutama sekali, cerita yang bukan-bukan, cerita tentang luar dan dalam negara.

Oh bukan! Aku bukan buang adat. Tapi tak mampu untuk melepaskan cerita-cerita yang pasti akan hilang dimamah waktu.

Memang. Aku memang dasar pengemis cerita.

Kembali kepada cerita kawannya yang beliau terserempak semasa beliau sedang menunggu Ummi Midah pulang dari kerja, iaitu di hospital bahagian timur, Abah Salleh bertanyakan khabar kawannya.

“Apa khabar engkau?” tanya abah ku

“Aku tua sudah.”
“Doktor juga ada kata, aku kini kena sakit jantung.” kata kawannya, tambah mengeluh

Sewaktu abahku sedang bercerita, minda ku lari ke saluran lain.

“Gitar tong dan pisau-pisau semasa zaman bersantai-di-amben, memakan kuaci sambil menonton gangfight dahulu, lama sudah kau gantung?” bisiknya hatiku

“Gitar tuh, tunggu kumpul habuk ker?”

“Hah! Nanti bila habuknya dah banyak, boleh lah kau jual di Cash converter…” teriaknya mindaku

Meskipon cerita abah ku hanyalah tentang seorang tua yang  masih tak habis-habis menagih mencipta namanya. Agar direspek sepenuhnya dan dinilai setinggi awan. Dan mempunyai hobi juga terpekik-pukau kata-kata kesat, di depan anak-anak yang baharu naik dan baruah-baruah yang baharu turun pangkatnya. Seperti meminta disanjungnya selalu. Aku disini, tetap dapat rasakan kesakitan mereka yang terlibat atas perbuatannya.

Tapi apa kan daya, ada kala kita semua menuggu kedatangan penyakit untuk berubah sikap. Sebuah penyakit yang akan menyusakan diri. Sebuah penyakit yang berjaya mejejas kekuatannya.

Ya. Seperti pakcik tua itu. Yang kerap beliau menyalah gunakan kekuatan yang sudah diberi secara percuma dari Allah swt.

Mujurlah Allahswt menurunkan penyakit. Dengan ada penyakit sahaja lah, bolehlah dia rasa lemah. Dan berhenti kelakuan kurang baik secara sendiri. Iaitu berhenti tabiat (mungkin tabiat semula jad)  mencari kebencian manusia.

Ya. Dengan cara ini lah, baharulah nak ingat bumi, mati, bini dan anak-anak nya yang masih kecil. Haha! Manusia, manusia.

“Seperti paku di kuku”

“Selagi tidak sakit dan penyakit, sampai bertukar habuk tulang tuh pon, takkan ingat tingginya langit dan rendahnya bumi” marahnya aku tak menentu

Ya. Aku masih marah. Dan aku juga ada sedikit kasihan dan simpati atas penyakit yang melanda beliau. Maklumlah, aku juga punya orang sebegitu disini.

Orang yang sudah ku anggap lebih dari keluarga, yang masih tak habis-habis hidup memakan hati ku hidup-hidup.

Entah bila akan mereka berubah, aku sendiri tak ingin tahu.

Asalkan mereka,  serta aku, tidak terlewat, seperti kawan abah ku. Tadi.