APA ADA PADA DAUN

22 02 2007

Bila : Bawah langit Khamis
Waktu : 12.52 tengah-hari

Setelah beberapa kali matahari melintasi kepala beratus juta manusia, di petang ini, aku wanita yang sedang sakit berikrar untuk memainkan watak seorang perempuan yang ternormal dan terindah. Tapi dengan kedatangan si pencegah-pencegah keharmonian yang tiba tanpa diundang, adik ku yang kurang kenal antara daun corriander dan peppermint, juga dengan secara tidak sengaja bersekepala kepada mereka yang datang tanpa dipelawa.

Sejurus adik ku memotong perlahan-lahan dedaun yang baharu dikeluarkan dari plastik sejuk, kepala ku dengan pantasnya memekik,

“Daun apa nih cha?! Nih nak buat masak lauk or nak buat ice-cream?”

Disebabkan kelemahan yang ku lahirkan dari malam semalam, aku tidak nampak jalan lain selain dari jalan penuh gagal. Aku juga tidak sempat memiliki daya untuk melawan sakit di kepala sehingga aku memekik dan terus memekik ke arah apa-apa yang sedang bergerak, lalu menangis berterusan secara loop sewaktu menumis cili di kuali.

Aku rasa, jikalau aku lah yang menjadi seorang jiran yang mendengar kerumitan yang sama kecoh dan sama bising, aku tentu akan menyuruh jiran yang lain untuk membuat panggilan kepada polis dan membuat aduan bahawanya ada kematian besar-besaran di rumah sebelah. Oh haha.

Kini aku sedang duduk menaip bersama kepala yang sedang meraung-raung meminta ubat.

“Satu ajer Nong. Telan lah aku. Tak usah banyak-banyak. Lepas satu, tambahkan lagi satu lagi sahaja…”

Itulah suara tuhan experimentasi ku. Ubat.

Tiada ubat ku, mungkin rumahku sudah tidak bernyawa. Dan mungkin, aku juga sudah gagal untuk bernyawa panjang.

“Yakin benar nampak katanya. Penuh berani, hingga musnah peribadi. Itu sahaja kah yang ada di otak mu? Satu jalan?”

Oh bukan, wahai suara misteri! Jalan memang sentiasa banyak.

Walaupon dalam banyak-banyak jalan ada jalan yang senang dan bercabang, aku sebagai perempuan yang hidup hanya sekali harus bersikap degil dan harus memilih jalan ganjil untuk bertemu apa dan siapa aku yang sebenarnya.

“Oh semakin berani ya dikau. Asalkan diri yang satu itu tidak dekat dengan sesat, sudah lah”

Beraninya aku buang segala kisah, bukan sebab aku mahu bersikap takbur ataupon ingkar atas segala pemberiannya. Aku cuma mahu tahu mana jalan yang betul-betul benar. Walau ia akan memakan tahun sehingga matahari dikopek-kopek seperti buah limau di petang tahun baru cina. Aku akan terus sanggup dan terus sanggup berjalan mencari aku yang sebenarnya aku.

“Oh semakin gelap lah masa depan serta kubur kau tuh”

Gelap ataupon tidak, sempit atapon luas, berlampu ataupon berulat, tenggelam ataupon kembang tanah kuburku, bukan kau yang bernama hakim.

Tidak sekali hati ku berdegup dengan berniat menambahkan keharu-biruan petang ini. Dan bukan lah hobi sepenuh masa ku untuk memekik-mekik di tingkap setengah luas berlangsir hijau, seolah-olah dapur ku yang satu sedang mengalami kebakaran tahap maksima.

Niat aku yang sebenarnya kelihatan kecil molek sahaja. Iaitu, aku hanya mahukan keluarga ku memakan lauk-pauk ku hingga licin periuk serta belanga, seperti tahun-tahun yang dahulu, tahun kurang pilu.

Ya. Seperti tahun-tahun yang jauh berlalu.

Disebabkan kerinduan yang tak terhingga ini, aku dengan cara sengaja membubuh lebih garam, lebih cili padi dan lebih asam agar dapat terdengarnya aku komen-komen liar yang berkumandang dari mulut ibuku sewaktu beliau menjamah lauk ku, bunyian hingus pekat yang dipaksa masuk kembali ke lorong hidung ayahku dan juga wajah penuh riang dari adikku semasa beliau memakan lauk-pauk ku.

Aku ketagihkan semua ini. Sungguh.

Ketagihannya tidak dapat ku lawan sehingga aku terpaksa menelan pil-pil yang diberikan oleh Roger yang sudah ku sediakan empat hingga enam bijian sehari dari malam semalam.

“Kan bagus jikalau kau memilih ketagihkan TUHAN daripada ini semua?”

Tuhan adakan ini semua bukan sebab mahukan kita ketagihkan DIA, tapi untuk kita sentiasa mengingati ciptaan-ciptaannya yang dicipta oleh tangan yang serupa. Dan buat apalah duduk di dunia jikalau mementingkan kubur sendiri sahaja?

Apa? Gentarnya engkau dengan si pencipta jikalau DIA tidak memberi engkau ticket pulang ke syurga esok hari? Oh kejinya aku terasa jikalau aku terdiri di antara satu sifat yang kau miliki.

“Aku hanya ingin menolong…”

Menolong? Daripada buat-buat menolong aku, pergilah engkau hulurkan bantuan kepada anjing serta kucing yang berkaki tempang, ataupon mereka yang sedang terkial-kial mencari butiran nasi masak untuk mulut kepada sudu. Tak usah berjalan jauh, pergi sahaja ke masjid-masjid berdekatan, terutama sekali di hari Jumaat. Tentu kau akan jumpa mereka yang selesa meminta. Yang tua dan yang muda, pilih sahaja. Hentikan memilih aku. Pilih lah yang sangat-sangat memerlukan bantuan.

“$&@*&**@()@)%*(%_*_@YY!!”
soraknya mereka tanda marah

Oh sudahlah! Daripada duduk melemaskan diri sendiri dengan memberi penjelasan kepada mereka yang bersependapat sekelompok, ada baiknya aku pusing ke arah Prozac.

Agar ia dapat melayar ku ke dalam laut mati. Laut yang tidak ada apa mahupon siapa melainkan aku. Tidur seperti seorang bayi merah yang degil yang yang rela mati agar tidak dipaksa keluar dari tanki penuh lumpur merah ibunya.

Selamat semua


Actions

Information

6 responses

22 02 2007
Cruz Who?

Our life is a journey of GOD’s (ALLAH) endless exprimentation of our perseverance and of course our faith.

Religious neutrality sucks, dont you think?

22 02 2007
Cruz Who?

P/s: God, Aku mau ko cinta aku!

23 02 2007
milkandonion

Darling Cruz : True. Experimenting with life is something we should germinate from the day we choose to be here. So, let’s start with u and me and everyone that we know.

We all suck, don’t we?

23 02 2007
milkandonion

Oh manusia,

Entry di atas sudah diedit secara buas. Harap kebuasan yang tertera oleh hamba tidak menyinggung mana-mana pihak, terutama sekali kepada mereka yang sudah benci tulisan hamba dari awal lagi, tapi masih berdegil untuk menjadi manusia benggap ala dugong di lelaman web hamba.

Oh terima kasih atas pemberian kebenggapan anda itu.

Salam mesra dari saya, bukan advert di TV satu.

23 02 2007
TUAN

LIfe’s SUCK if yoU’re SICK!!….

23 02 2007
milkandonion

Tuan Azlim : Life is sick if u just suck and suck and suck! Ok lucah bunyinya. Haha. But hey, I don’t mean ‘that’ way, alright…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: