BULAT TETAP BULAT

8 11 2006

Nice. But I don't want it.

Aku sedih. Aku sedih dengan semuanya.

Meskipon kawanku datang, membawa ubat dan minyak untuk kurangkan kesakitan yang ku alami, tiada apa yang bisa mengurangkan kesedihan yang mengelilingi bumi sementara ku.

Sementara. Itu sahaja perkataan yang sangat-sangat ku harapkan. Keperitan, kepedihan, kemurungan, kehidupan yang sementara.

Kehidupan. Kehidupan ku masih terombang-ambing. Bak sampan hina yang tak sabar ditelan gergasi laut.

Gergasi. Ku kini hidup bersama gergasi. Gergasi dalam diri. Dalam diri yang setengah mati.

Mati. Tidak pasti bila. Itu sahaja yang berlegar di minda.

Minda. Aku mempunyai minda yang sering diisi dengan kenangan menggoncang jiwa.

Jiwa. Jiwa ku hampa.

Hampa. Tidak pernah ku bangun setiap pagi untuk hampa. Tapi sayang, yang ada cuma hanya hampa. Tiada sayang.

Sayang. Sayang masih wujud. Tapi bukan untukku. Mungkin bukan untuk sesiapa.

Bukan.  Bukan, aku bukan gila. Aku cuma sedih.

Sedih. Aku teramat sedih.

Itu lah bulatan yang sedang aku duduki. Bulatan penuh dengan misteri. Misteri yang berakhir dengan hujan air mata.

Hujan airmata yang sementara


Actions

Information

6 responses

13 11 2006
Hyelbaine

if there’s anything and i mean anything that i can do for you, you know how to get me. keep your chin up eventhough its always easier said than done…

Cheers!!!😀

14 11 2006
muna

nong dearie, u change ur ym id again ker? hey, we are always here for you tau! kalo nak datang melawat aku pon bleh. sekarang aku tinggal sorang2 jer sejak my roommate dah kawen. so, bleh accommodate guess🙂 eh, teringat plak, aku nak g singapore! just pray that aku dapat bonus yg disok sek akan dapat, hehehe🙂

14 11 2006
Fz

U have me too. Remember?

16 11 2006
Shazeen Samad

Just wondering what it is🙂 … Tc

17 11 2006
milkandonion

Baine : I am good but demam. Apa-kelaper pon, terima kaseh.

Oh Moona : Ha’ah. CHANGED AGAIN. Hehe.
Melawat mu? Moon, u sakit ker? I pon sakit juga.
Thanks moon. Bila senanglenang esok, datang lah ke Singapura. Pulau indah, aman, lagi kaya.

Fz : Yes. I have maggi mee.

Shazeen : Same ol’ wonderwall. That’s all. Salam perkenalan.

30 11 2006
rasso

Nong.. lama xnampak kat YM??
ermm… kat gambo tu ada dust.. probly in ur camera lens..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: