AKU HANYA INTIM

14 10 2006

Oh hai dunia!

Pejam celik pejam celik, usia hampir jejak tigapuluh. Ya, nombor bercorak dua circumference, yang bersimbolkan jarak mundur dan jarak maju ku di peringkat minimun.

Meskipon perjalanan ku sentiasa diiringi dengan pelbagai perlajaran, huru-hara kehidupan masih tidak dapat ku sekiankan. Semakin aku bekerja keras untuk menyelesai dan menghuraikan yang patut, keupayaan untuk mara hanya wujud di mimpi sahaja.

Mimpi yang memuaskan. Pada ku.

Segala ketagihan yang kerap diajarnya oleh ibuku Rubi, iaitu ketagihan untuk menang, semakin lupus. Ibarat pokok yang sedang membesar, yang terpaksa mati setelah lemah akarnya jadi. Lalu terlahirnya process penukaran warna secara besar-besaran kepada kulit, dahan serta ranting, sehingga dedaun yang berwarna hijau penuh, yang pernah dahulunya mempersonakan dunia, kini menjelma sekering ranting. Menunggu akan hari jatuhnya ke tanah, menyerah segalanya ke process pereputan. Lalu hilang begitu sahaja, seperti debu.

Itulah aku.

Secara percuma, tanpa menghentam hati, aku sudah rela berhenti bertanya,

“Kenapa oh kenapalah aku jadi begini…”


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: