TWENTY ONE MINUTES HERE

3 08 2006

Dinihari ramai yang masih giat menajamkan lidah masing-masing di setiap saat nafas berhembus halus. Meskipon setiap hembusan pernafasan mungkin ada berkaitan dengan satu ucapan terima-kasihnya kita kepada DIA, tapi sayang, ada juga diantara mereka yang masih diulit dengan kata-kata hebat yang melempang muka, yang kerap terpampang di muka hadapan akhbar tempatan dan di akhbar terkemuka seluruh dunia.

Hari demi hari, mereka, termasuk dengan aku sekali, walaupon diberikan akal dan hati yang penuh. Tapi pabila disaksinya hati dan akal berkenaaan dari jarak jauh, organ-organ itu kelihatan seperti segumpal daging yang berlumuran dengan darah sahaja.

Atas kehadiran masalah yang datang membelit urat mata akal, hampir semua manusia kini sudah lupa erti sebenar alhamdulilah.

Termasuk aku sekali, ramai sanggup mempelajari bahasa cina-bukit lalu melemparkannya kata-kata kesat ke arah isu-isu yang hadir bukan untuk membantu masyarakat  mahupon meruntuhkan. Isu yang dimaksudkan adalah seperti isu ketinggian harga rokok cap mayat, minyak petrol, minyak masak, tambang bas serta teksi, harga rumah dan sistem.

Iya, sistem yang kerap diedit di setiap hari kebangsaan. Sistem yang membenjolkan otak sehingga masyarakat memberontak dan memekakkan lagi telinga yang sudah disahkan pekak.

Ada juga mengatakan, jikalau berambusnya mereka dari pulau yang berbentuk biji mutiara mata naga ini, mungkin kehidupan yang diimpikan tidak akan bertukar menjadi mimpi ngeri. Seperti apa yang ada disini.

Ada juga pernah bertinggikan suara lalu berkata,

“Jikalau kita sedang berada di Eropah, MUNGKIN kita tidak akan berdepan dengan kenaikkan harga itu dan ini, yang semakin hari, naik tanpa sebab, naik secara mendadak.”

Ya, tidak dapat dinafikan. Mungkin di celar-celar ayat tersebut, ada benarnya.

Tapi jikalau diperhatikan isu ini dari wujudnya zaman datuk-nenek-nyai kita lagi, kenaikkan atau perubahan harga sebutir beras sehingga ke harga sebuah kaki, tidak pernah dapat kita elaki.

Datuk-nenek moyang kita senantiasa rangkumi ilmu yang menerangkan hati, menghiasi minda dan menerima segala kesusahan yang telah direka oleh dunia dan penduduk-penduduknya sendiri.

Walau perubahan bertukar seperti dunia yang berputar ligat, mereka tetap mangharungi process/badai berduka, berjenaka, berdua, bercinta, berkeluarga, beranak, bercucu dan berusaha sehingga tamatnya tugas di dunia. Sehingga ada nya kita semua.

Dicuba larinya kita berpusing-pusing di luar garisan dunia yang berbentuk bulat, walau bertukar ke segi-empat sekali pon, sama ada kita suka ataupon tidak, tak ada siapa yang bisa menukar keadaan kecuali kita yang membuat pilihan untuk menukar dan kembali teliti kepada asas, mengikut aliran perubahan sesebuah keadaan.

Bak kata orang caucasian,

“LIFE MUST GO ON”


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: