DIA DATANG DARI TELINGA

17 02 2007

Apa : Aku rasa
Bila : 5.30 pagi
Dimana : Di sunyi

“Aku bukan lagi sebahagian hidup mu”

Oh, itulah kekata,
Yang sering membuat ku terketar-ketar mengata,
Sehingga jasad ku merajuk, keluar ia menyendiri.

Oh, itulah kekata,
Yang meyejukkan tapak tangan dan kaki,
Sehingga memutihkan warna kulit buah langsat,
Tapi tidak di kepala mahupon di hati.

Oh, itulah kekata yang tidak sekali ku tahu,
Sama ada benar ataupon salah isinya.

Dan itulah kekata,
Kekata terhebat yang menemani jiwa,
Yang sudah berusia lebih tujuh tahun lamanya.

Begitulah hidup ku.

“Oh begitu? Haha!”

Dihirup nafas dalam ketakutan,
Dilepaskan ketakutan tidak terlintas hujung nafas.

“Kalau dah kenal akan ketakutan, jangan lah dikau fikir apa-apa yang menambah keburukkan”

Takut ku bukan sahaja kepada apa-apa yang buruk,
Bahkan kepada apa-apa yang baik,
Yang indah dan yang teristimewa juga.

“Maksud kau, seperti di 6hb Februari, dimana dia datang dari telinga, bersama panah yang gian mendekati, engkau si perempuan yang mengantung hati, ku saksi, kuat kaki kau berlari, kuat kaki kau berlari?”

Ini bukan sebahagian hidup ku!
Ini bukan sebahagian hidup ku!
Ini bukan sebahagian hidup ku!

“Sumpah ku saksi, kuat benar kaki kau berlari!”

Ini bukan sebahagian hidup ku!
Ini bukan sebahagian hidup ku…

“Kalau begitu, sampai mati kau hidup meyendiri”

Mengapa begitu,
Oh Tuhan Experiment ku?

Mengapa hukuman ku,
Sama berat, sama pedih, sama perit,
Seperti mereka membuat dosa nan tinggi?
Sedangkan aku hanya tidak tahu bagaimana sahaja?

“Jikalau aku diberikan satu insan yang berkata dirinya baik, kedua insan yang berkata dirinya jahat dan insan terakhir, berkata, “Aku sumpah tidak tahu…”

Akan kau hukum insan yang terakhir dahulu?

Benar, Insan itu adalah ENGKAU!