Oh kejam sungguh wahai engkau perempuan!
Dalam diam-diam, begitu buruk sekali kau kerjakan dunia. Dunia dimana bukan sahaja milik mimpi kita bersama, bahkan milik mimpi ibu dan ayah mu juga.
Apa lah erti dunia setelah kekejamam engkau sanjungkan? Dan apa lah erti pameran sujud-menyujud mu itu yang kerap engkau kira dengan jari?
Apa? Lima kali sehari?
Sudahlah tuh perempuan, kurangkan segala pameran tiruan mu itu.
Walau beribuan kali kau berwudhu hingga habis air di perigi,
Lalu bersujudnya sehingga dahi mencium bumi,
Ditambahkan penyeri komat-kamit mulut tanpa henti,
Konon menyebut sembilan-puluh-sembilan
Nama NYA dalam satu nafas sekali.
Tapi dengan kehadiran hati yang gelap,
Disalut penuh dengan racun dan hasad dengki,
Kain telekong yang dibalut di tubuh mu,
Lambat-laun akan membelit diri.
Mengikut segala arahan dan turutan para saksi,
Iaitu mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan juga hati.
Benar perempuan. Itu lah hidangan ku kepada mu jikalau aku menjadi…
TUHAN EXPERIMENT MU NANTI!




